PEMILIK HAIWAN PELIHARAAN FAQ

Dapatkan lebih lagi daripada PetBacker! Buka

Lengkapkan tempahan kelima anda dan memperoleh pulangan tunai sebanyak 10% setelah membuat tempahan kelima. Pulangan tunai tersebut boleh digunakan untuk…

Lengkapkan tempahan kelima anda dan memperoleh pulangan tunai sebanyak 10% setelah membuat tempahan kelima. Pulangan tunai tersebut boleh digunakan untuk tempahan yang berikutnya. Anda akan memperoleh pulangan tunai untuk setiap 5 tempahan yang anda buat.

0 jawapan15 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Anda tidak menerima email daripada PetBacker. Apa yang boleh dilakukan? Buka

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan jika tidak memperoleh email daripada PetBacker: 1. Semak Peti SPAM 2. Semak semua…

Terdapat beberapa cara yang anda boleh lakukan jika tidak memperoleh email daripada PetBacker:

1. Semak Peti SPAM

2. Semak semua kategori Emel

3. Melanggan atau melanggan semula kepada PetBacker.

(Tekan disini untuk melanggan sekarang)

4. Sahkan Emel Anda

(Tekan disini untuk mengesahkan Emel anda)

5. Hubungi perkhidmatan pelanggan kami.

0 jawapan13 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Jika haiwan peliharaan anda agresif, adakah sesuai untuk anda menggunakan servis hotel haiwan peliharaan berkonsepkan rumah? Buka

Penyedia Servis di aplikasi kami merupakan pencinta haiwan. Oleh itu, haiwan anda tidak akan diletakkan di dalam sangkar apabila mereka…

Penyedia Servis di aplikasi kami merupakan pencinta haiwan. Oleh itu, haiwan anda tidak akan diletakkan di dalam sangkar apabila mereka menjaganya. Ada kalanya mereka meluangkan malam mereka tidur bersama haiwan peliharaan kesayangan anda. Ini juga bermakna sesetengah dari mereka tidak mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menangani haiwan yang agresif. Anda perlulah memaklumkan kepada Penyedia Servis jika haiwan peliharaan anda berpotensi untuk menjadi agresif. Jika Penyedia Servis tidak dimaklumkan mengenai perkara ini sebelum memulakan tugas, mereka boleh menghantar haiwan peliharaan anda ke mana-mana rumah perlindungan atau hotel bersangkar. Bayaran tambahan yang dikenakan kemudian akibat daripada situasi ini akan menjadi tanggungjawab pemilik haiwan peliharaan.

0 jawapan15 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa yang akan terjadi jika anda lambat untuk mengambil haiwan peliharaan anda semula? Buka

"Kami sentiasa menasihati: Untuk servis penginapan haiwan peliharaan: Daftar masuk: Selepas jam 12.01 PM Daftar keluar: Sebelum jam 11.59AM Bertolak…
"

Kami sentiasa menasihati:

Untuk servis penginapan haiwan peliharaan:

Daftar masuk: Selepas jam 12.01 PM

Daftar keluar: Sebelum jam 11.59AM

Bertolak ansurlah dengan Penyedia Servis kami kerana mereka mungkin mempunyai pekerjaan yang lain selepas itu seperti berjalan bersama anjing. Mereka mungkin memerlukan bayaran tambahan untuk masa tambahan tersebut. Anda boleh dikenakan bayaran tambahan jika anda mengambil haiwan peliharaan anda lebih dari jam 11.59AM. Walaubagaimanapun, kami tidak menyarankan Penyedia Servis untuk mengenakan bayaran berlebihan melebihi kadar bayaran penuh untuk satu malam jika anda hanya terlambat kurang dari 12 jam. Tetapi, terdapat juga Penyedia Servis yang fleksibel dan tidak akan mengenakan bayaran tambahan. Anda boleh berbincang dnegan mereka sebelum membuat pembayaran terakhir.
Hanya tempahan yang dipanjangkan atau tempahan semula melalui PetBacker akan mendapat perlindungan Insuran sepenuhnya. Jika haiwan peliharaan tidak diambil semula dalam tempoh 12.01PM sehingga 11.59AM keesokannya. Pembayaran tambahan boleh dikenakan.

Untuk Penjagaan hari:

Tempoh daftar masuk dan daftar keluar hendaklah dilakukan dalam tempoh 8 jam. Jika haiwan peliharaan tidak diambil dalam tempoh 8 jam, Penyedia Servis boleh mengenakan bayaran tambahan.
Hanya tempahan yang dipanjangkan atau tempahan semula melalui PetBacker akan mendapat perlindungan Insuran sepenuhnya. Jika haiwan peliharaan tidak diambil semula dalam tempoh 8 jam, Insuran kami akan melindungi haiwan peliharaan anda dalam temph 8 jam sahaja.

*Membuat tempahan melalui PetBacker akan melayakkan anda untuk mendapat kupon diskaun bagi setiap 5 tempahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara untuk membuat tempahan/tempahan semula, anda boleh merujuk link di bawah:

Bagaimana untuk menempah Penyedia Servis semula?

"
0 jawapan14 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa yang perlu anda lakukan jika haiwan peliharaan anda sesat atau hilang semasa di bawah jagaan Penyedia Servis? Buka

Anda perlu melaporkan kehilangan haiwan peliharaan anda kepada perkhidmatan pelanggan kami dengan segera dalam tempoh 24 jam. Bagi tempahan yang…

Anda perlu melaporkan kehilangan haiwan peliharaan anda kepada perkhidmatan pelanggan kami dengan segera dalam tempoh 24 jam. Bagi tempahan yang dibuat melalui PetBacker, kami akan memberikan sehingga USD100 untuk kos pengiklanan haiwan hilang.

0 jawapan18 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Bolehkah anda mendapat diskaun? Buka

Ya. Anda boleh berunding dengan Penyedia Servis untuk mendapatkan diskaun atau anda boleh merujuk Program Rujukan untuk mendapatkan diskaun.

Ya. Anda boleh berunding dengan Penyedia Servis untuk mendapatkan diskaun atau anda boleh merujuk Program Rujukan untuk mendapatkan diskaun.

0 jawapan6 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Adakah terdapat Penyedia Servis yag menawarkan penjagaan khas? Buka

Ya. Kami akan meminta Penyedia Servis untuk menghuraikan secara lengkap mengenai penjaagaan yang ditawarkan oleh mereka. Sesetengah dari mereka ada…

Ya. Kami akan meminta Penyedia Servis untuk menghuraikan secara lengkap mengenai penjaagaan yang ditawarkan oleh mereka. Sesetengah dari mereka ada menawarkan penjagaan khas dan kebanyakannya adalah penjaga profesional atau telah menjalani latihan vet atau kerja sukarela bersama haiwan. Anda boleh melihat senarai Penyedia Servis kami di kawasan anda dan mencari yang terbaik untuk menjaga haiwan peliharaan anda.

0 jawapan13 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Anda tidak pernah menggunakan servis penjaga haiwan peliharaan sebelum ini, adakah PetBacker sesuai untuk anda? Buka

Sudah tentu! PetBacker dipenuhi komuniti yang mesra, pencinta haiwan yang sentiasa mengalu-alukan haiwan peliharaan lain seperti kepunyaan mereka. Haiwan peliharaan…

Sudah tentu! PetBacker dipenuhi komuniti yang mesra, pencinta haiwan yang sentiasa mengalu-alukan haiwan peliharaan lain seperti kepunyaan mereka. Haiwan peliharaan anda akan lebih gembira daripada dikurung di dalam sangkar. Lihatlah profil Penyedia Servis kami- semua dari mereka disemak secara kerap oleh pasukan kami- dan anda boleh memaklumkan kepada kami apa yang anda fikirkan.

0 jawapan20 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Bolehkah anda membuat pembayaran secara terus kepada Penyedia Servis? Buka

Tidak, semua pembayaran PERLULAH dilakukan melalui aplikasi PetBacker. Proses pembayaran melalui PetBacker adalah selamat dan automatik sepenuhnya kepada Pemilik Haiwan…

Tidak, semua pembayaran PERLULAH dilakukan melalui aplikasi PetBacker. Proses pembayaran melalui PetBacker adalah selamat dan automatik sepenuhnya kepada Pemilik Haiwan Peliharaan dan Penyedia Servis, jadi anda tidak perlu risau mengenai pembayaran yang telah dibuat. Penyedia Servis akan menerima pembayaran selepas 2-7 hari bekerja setelah mereka menyiapkan tempahan.

0 jawapan11 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Adakah PetBacker menawarkan Pemulangan Wang bagi Jaminan Kepuasan? Buka

Jika anda tidak berpuas hati dengan pengalaman anda, PetBacker ada menyediakan Pemulangan Wang bagi Jaminan Kepuasan kepada anda. Bagi memastikan…

Jika anda tidak berpuas hati dengan pengalaman anda, PetBacker ada menyediakan Pemulangan Wang bagi Jaminan Kepuasan kepada anda. Bagi memastikan anda layak, pastikan anda telah membuat perjumpaan awal terlebih dahulu sebelum meneruskan tempahan yang telah dibuat melalui PetBacker dan anda perlu meninggalkan penilaian dan ulasan buruk kepada penyedia servis selepas servis tamat. Tuntutan anda hendaklah dibuat dalam masa 48 jam selepas tamat tempahan melalui perkhidmatan pelanggan kami. PetBacker akan menyiasat isu tersebut dan akan membuat pembayaran balik sejumlah wang selepas diputuskan mengikut budi bicara pihak PetBacker. Jumlah pembayaran balik akan dibuat dalam masa 7 hari bekerja.

0 jawapan25 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Adakah PetBacker menawarkan insuran? Buka

Ya, haiwan peliharaan anda akan dilindungi sepanjang tempoh tempahan anda! PetBacker sentiasa di belakang anda dengan menyediakan insuran percuma merangkumi…

Ya, haiwan peliharaan anda akan dilindungi sepanjang tempoh tempahan anda!

PetBacker sentiasa di belakang anda dengan menyediakan insuran percuma merangkumi semua jenis servis yang telah ditempah melalui aplikasi kami. Itu bermakna anda memperoleh manfaat ketenangan minda.

  • Penjagaan, Pengawasan, Kawalan – Perlindungan veterinari semasa dalam jagaan penyedia servis: Bahagian ini menyediakan perlindungan veterinari dibawah penjagaan , pengawasan dan kawalan penyedia servis. USD 350 bil perubatan yang pertama dikecualikan untuk membuat tuntutan dari kami dan perlu dibayar oleh pemilik haiwan peliharaan atau penyedia servis. USD 1000 ialah had yang boleh dituntut untuk perbelanjaan veterinari bagi kes kecederaan semasa di bawah jagaan penyedia servis.
  • Kesalahan dan Kelalaian (Tanggungjawab Profesional) – melindungi kecedaraan akibat kemalangan terhadap haiwan peliharaan pemilik: Bahagian ini melindungi kecederaan kemalangan haiwan peliharaan anda di bawah jagaan penyedia servis. Insuran seperti ini adalah untuk memberi keselesaan kepada pemilik haiwan peliharaan dan penyedia servis, kerap atau tidak, kecederaan bukan akibat kecuaian boleh berlaku dibawah jagaan penyedia servis semasa mereka menyiapkan tugasan, walaupun tiada kesalahan kursus yang dilakukan oleh penyedia servis. Tuntutan adalah tertakluk kepada USD350 dibayar oleh penyedia servis dan selebihnya boleh dituntut dari kami dan had sehingga USD 1000.
  • Insuran Tanggungjawab Awam (Tanggungjawab Komersial Umum) – Melindungi Penyedia Servis daripada tuntutan pihak ketiga: Bahagian ini akan mebayar sejumlah amaun yang menjadi tanggungjawab sah penyedia servis akibat daripada kerosakan seperti kecederaan atau kerosakan harta benda pihak ketiga. Tuntutan tertakluk kepada 5% bayaran atau USD 1000  atau salah satu yang lagi tinggi dan selebihnya perlu dibayar oleh penyedia servis dan had sehingga USD 4000 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Insuran Perlindungan Premium.

0 jawapan16 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Jika Penyedia Servis menolak tempahan anda, dimana pembayaran yang telah anda buat akan pergi? Buka

Apabila pemilik haiwan peliharaan telah membuat tempahan, pembayaran anda tidak akan dikeluarkan lagi dari Dompet (Wallet) anda di aplikasi sehingga…

Apabila pemilik haiwan peliharaan telah membuat tempahan, pembayaran anda tidak akan dikeluarkan lagi dari Dompet (Wallet) anda di aplikasi sehingga penyedia servis menyiapkan tugasan mereka. Jumlah pembayaran tersebut akan disimpan oleh kami terlebih dahulu. Secara dasarnya, wang anda akan tetap berada di dalam dompet (wallet) anda di aplikasi kami dan pembayaran tersebut akan dicatat sebagai belum tamat di dalam dompet anda.

Apabila penyedia servis menolak tempahan anda, pembayaran tersebut akan tetap ada di dalam dompet anda. Anda boleh menggunakan jumlah tersebut untuk membuat tempahan baru atau membuat permintaan untuk pembayaran balik.

0 jawapan10 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa akan terjadi jika haiwan peliharaan anda sakit atau cedera semasa di bawah jagaan penyedia servis? Buka

Kes seperti ini sangat jarang berlaku tetapi kami sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik. Jika terdapat kecemasan, penyedia servis mestilah…

Kes seperti ini sangat jarang berlaku tetapi kami sentiasa bersedia untuk memberikan yang terbaik. Jika terdapat kecemasan, penyedia servis mestilah membuat keputusan yang pantas tentang tindakan seterusnya, sama ada membawa haiwan peliharaan anda ke veterinar, atau jika boleh mereka perlu membawa haiwan peliharaan anda ke veterinar peribadi anda. Kami menyarankan pemilik haiwan peliharaan untuk memberikan maklumat serta arahan terperinci di dalam borang maklumat ataupun menulis panduan kecemasan asing yang lengkap.

0 jawapan16 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Bolehkah anda mempercayai Penyedia Servis kami? Buka

Ya sudah semestinya! PetBacker merupakan aplikasi yang dibina atas dasar kepercayaan bersama yang meletakkan dan membenarkan pemilik haiwan peliharaan dan…

Ya sudah semestinya! PetBacker merupakan aplikasi yang dibina atas dasar kepercayaan bersama yang meletakkan dan membenarkan pemilik haiwan peliharaan dan penyedia servis untuk berhubung. Demi kesejahteraam bersama, kami akan mengesahkan maklumat peribadi penyedia servis melalui pelbagau cara sebelum mereka memulakan tugas di sini dan membuang mana-mana profil penyedia servis yang tidak mencapai piawaian yang telah kami tetapkan.

Kami akan sentiasa menyarankan untuk anda membuat pembayaran pendahuluan sebelum berkongsi maklumat peribadi seperti nombor telefon atau media sosial atau mengadakan perjumpaan awal dengan penyedia servis bagi memastikan ketelusan penyedia servis dan untuk memastikan penyedia servis tersebut ialah orang yang tepat untuk menjaga haiwan peliharaan anda. Selepas itu, pemilik haiwan peliharaan boleh meninggalkan penilaian dan ulasan tentang pengalaman tempahan anda di dalam profil penyedia servis.

0 jawapan12 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa itu Titik Kepercayaan atau Lencana? Buka

" Titik Kepercayaan (Trust Points) atau lencana adalah dianugerahkan kepada Penyedia Servis yang telah melengkapkan beberapa langkah verifikasi dengan kami.…
"

Titik Kepercayaan (Trust Points) atau lencana adalah dianugerahkan kepada Penyedia Servis yang telah melengkapkan beberapa langkah verifikasi dengan kami. Lencana ini adalah untuk menunjukkan keikhlasan dan kegigihan Penyedia Servis kerana sanggup memastikan ID,sijil dan personaliti mereka disahkan oleh kami. Semak DISINI untuk melihat jenis lencana dan maksudnya.

Anda mungkin berminat dalam

Apa maksud lencana 'Badge' yang terdapat di dalam profil Penyedia Servis Haiwan Peliharaan?

"
0 jawapan9 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Kenapa permintaan anda akan disiarkan kepada semua penyedia servis berhampiran dengan tempat anda? Buka

Anda memerlukan lebih masa jika perlu menghubungi penyedia servis secara satu per satu. Penyedia servis mungkin tidak menjawab panggilan atau…

Anda memerlukan lebih masa jika perlu menghubungi penyedia servis secara satu per satu. Penyedia servis mungkin tidak menjawab panggilan atau sibuk semasa anda memerlukan perkhidmatan mereka. Kami telan mencipta sistem penyiaran. Oleh itu, anda hanya perlu membuat satu permintaan melalui aplikasi PetBacker dan sistem kami akan menghantar notifikasi kepada penyedia servis yang bersesuaian untuk membalas permintaan anda. Sistem ini dapat menjimatkan masa anda daripada bersusah payah menghubungi penyedia servis secara satu per satu.

0 jawapan8 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Kenapa anda PERLU membuat pembayaran melalui PetBacker? Buka

Terdapat beberapa manfaat yang anda boleh perolehi apabila membuat pembayaran tempahan melalui PetBacker: Untuk memastikan pembayaran anda selamat dan keselamatan…

Terdapat beberapa manfaat yang anda boleh perolehi apabila membuat pembayaran tempahan melalui PetBacker:

  • Untuk memastikan pembayaran anda selamat dan keselamatan haiwan peliharaan anda terjamin kerana kami hanya akan membuat bayaran kepada penyedia servis selepas 2-7 hari bekerja selepas mereka telah menyiapkan tugasan mereka.
  • Untuk memastikan haiwan peliharaan anda dilindungi oleh Insuran Perlindungan Premium kami (Tertakluk kepada terma dan syarat)
  • Kredit diskaun akan diberikan untuk tempahan seterusnya.
  • Rekod transaksi akan disimpan dan anda dapat meninggalkan ulasan selepas penyedia servis tamat tugasan mereka.
  • Tempahan awal oleh anda adalah untuk memastikan anda serius dengan permintaan kerja yang dibuat. Pembayaram boleh dikembalikan jika penyedia perkhidmatan tidak dapat meneruskan tempahan atau suasana di tempat penyedia servis tidak sesuai untuk haiwan peliharaan anda.

Sebarang tempahan dan pembayaran yang dibuat di luar aplikasi adalah menyelahi serta polisi kami. PetBacker TIDAK akan bertanggungjawab diatas sebarang kejadian yang berlaku untuk tempahan diluar aplikasi.

0 jawapan13 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa maksud lencana 'Badge' yang terdapat di dalam profil Penyedia Servis Haiwan Peliharaan? Buka

Lencana yang dipaparkan dalam hasil carian PetBacker dan di halaman profil penyedia perkhidmatan haiwan peliharaan adalah simbol visual cinta mereka…

Lencana yang dipaparkan dalam hasil carian PetBacker dan di halaman profil penyedia perkhidmatan haiwan peliharaan adalah simbol visual cinta mereka terhadap haiwan peliharaan dan komitmen mereka terhadap penjagaan berkualiti tinggi.

Anda mungkin akan mendapati lencana yang lain di PetBacker tetapi yang paling penting ialah lencana ID, Penganjur, dan Sijil

facebook badge Lencana Facebook bermaksud penjaga atau penyedia servis telah mengesahkan akaun Facebook dengan akaun PetBacker mereka.
email badge Lencana Email bermaksud penjaga atau penyedia servis telah mengesahkan email dengan akaun PetBacker mereka.
google badge Lencana Google bermaksud penjaga atau penyedia servis telah mengesahkan akaun Google dengan akaun PetBacker mereka.
mobile badge Lencana Telefon bermaksud penjaga atau penyedia servis telah mengesahkan nombor telefon dengan akaun PetBacker mereka. Lencana ini dapat menunjukkan kegigihan penjaga untuk menjaga haiwan peliharaan anda dan mereka sanggup membenarkan pemilik haiwan peliharaan menghubungi mereka melalui nombor telefon.
id badge Lencana ID bermaksud penjaga atau penyedia servis telah memberikan ID mereka untuk pengesahan kepada PetBacker. Lencana ini adalah untuk membutikan kredibiliti dan kebolehkepercayaan penyedia servis di dalam PetBacker.
id badge Lencana Perniagaan membuktikan penyedia servis telah mendaftar perniagaan dan telah menghantar maklumat pendaftaraan perniagaan kepada kami.
pro badge Lencana Sijil bermaksud penyedia servis telah menghantar sijil yang membuktikan mereka merupakan penyedia yang diperakui dan terlatih didalam program latihan haiwan peliharaan. Anda boleh meminta untuk mendapatkan maklumat lebih mengenai sijil mereka selepas membuat tempahan untuk servis mereka.
pro badge Lencana Penganjur adalah untuk menunjukkan komitmen untuk kekalkan kualiti penjagaan. Mereka telah melanggan penganjuran tahunan dan dengan ini mereka telah diberi akses sumber untuk memberikan mereka kelebihan untuk bersedia untuk menjaga haiwan peliharaan anda.
0 jawapan15 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Dimana saya boleh menyemak ulasan dan penilaian Penyedia servis Haiwan Peliharaan? Buka

Ulasan dan penilaian boleh didapati di dalam profil Penyedia servis. Tekan pada profil Penyedia Servis dan tekan pada ulasan untuk…

Review in listing

Ulasan dan penilaian boleh didapati di dalam profil Penyedia servis. Tekan pada profil Penyedia Servis dan tekan pada ulasan untuk melihat semua ulasan dan penilaian yang diterima oleh Penyedia Servis. Ulasan yang mempunyai tanda 'Verified' adalah ulasan yang dibuat oleh pemilik haiwan peliharaan yang telah menempah perkhidmatan melalui PetBacker.

0 jawapan9 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0