KEJADIAN TIDAK DIDUGA FAQ

Apa yang perlu dilakukan apabila haiwan telah meninggal dunia? Buka

Kejadian sedemikian jarang berlaku. Tetapi, ia pernah berlaku sebelum ini disebabkan oleh haiwan peliharaan tersebut terlalu tua atau sakit sebelum…

Kejadian sedemikian jarang berlaku. Tetapi, ia pernah berlaku sebelum ini disebabkan oleh haiwan peliharaan tersebut terlalu tua atau sakit sebelum penjaga haiwan peliharaan mengambil alih tugas menjaga haiwan tersebut. Walaubagaimanapun, sesetengan kematian berlaku disebabkan oleh kecuaian pengasuh haiwan peliharaan. Contohnya, penjaga haiwan peliharaan tidak mengasingkan haiwan kecil dengan haiwan yang besar dan ganas. Jika kematian disebabkan kecuaian penjaga, pemilik haiwan peliharaan boleh melalui prosedur pengendalian pertikaian standard. Menjadi tanggungjawab penjaga serta pemilik haiwan peliharaan untuk menghantar haiwan tersebut untuk dibedah siasat untuk mengetahui punca kejadian.

Jika keputusan mengumumkan bahawa kematian disebabkan penyakit yang lama ataupun sakit tua, pemilik haiwan bertanggungjawab membayar bill bedah siasat tersebut. Tetapi, jika kematian adalah disebabkan kelalaian penjaga seperti kemalangan, keracunan, gigitan anjing, kejadian tidak dijangka, kecuaian atau kesalahan yang lain, penjaga haiwan peliharaan perlu menyelesaikan bill tersebut.

Penting untuk anda menghantar haiwan peliharaan tersebut ke veterina apabila anda mengesyaki sebarang isu sebelum terlambat. Sebagai isyarat musibah, Petbacker akan memberikan sehingga USD 100 untuk kos pengebumian.

 

Anda boleh membaca artikel yang di bawah untuk mengetahui lebih tentang Polisi Insuran

Siapa yang tidak layak untuk perlindungan insuran PetBacker?

Apa yang tidak termasuk dalam perlindungan?

Apa yang termasuk dalam perlindungan?

0 jawapan29 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa yang perlu dilakukan jika haiwan peliharaan hilang? Buka

Kejadian haiwan peliharaan hilang sangat jarang berlaku. Tetapi, jika haiwan peliharaan milik pemilik haiwan hilang, itu menjadi tangungjawab pengasuh haiwan…

Kejadian haiwan peliharaan hilang sangat jarang berlaku. Tetapi, jika haiwan peliharaan milik pemilik haiwan hilang, itu menjadi tangungjawab pengasuh haiwan peliharaan untuk membuat carian di kawasan kejadian dan hendaklah melaporkan kepada PetBacker dalam masa 24 jam.

Team kami akan membantu dan menasihati pengasuh haiwan untuk membuat tindakan yang sepatutnya perlu mereka lakukan.

Pengasuh haiwan perlu membuat laporan polis jika mereka mengesyaki haiwan tersebut telah dicuri. Jika haiwan peliharaan tersebut tidak dapat dijumpai, pengasuh haiwan peliharaan perlu bertanggungjawab dan perlu berbincang dengan pemilik haiwan mengenai pampasan. Maksima USD 100 akan diberikan oleh PetBacker untuk tujuan pengiklanan tentang kehilangan haiwan dan sedia maklum bahawa insuran premium polisi kami tidak melindungi isu berkenaan kehilangan haiwan.

0 jawapan50 lihatDisiarkan 3 tahun yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
-3