PENYEDIA SERVIS FAQ

Apa yang anda perlu lakukan jika haiwan peliharaan yang anda jaga hilang? Buka

Anda perlu melaporkan kehilangan tersebut kepada khidmat pelanggan PetBacker dalam masa 24 jam. Bagi pekerjaan yang ditempah melalui PetBacker, kami…

Anda perlu melaporkan kehilangan tersebut kepada khidmat pelanggan PetBacker dalam masa 24 jam. Bagi pekerjaan yang ditempah melalui PetBacker, kami akan menaja sebanyak $100 bagi tujuan pengiklanan.

PetBacker akan menahan atau melambatkan sebarang pembayaran tertunggak kepada Penyedia Servis semasa siasat masih dijalankan atau sehingga haiwan tersebut dijumpai. Jika haiwan tersebut tidak dapat dijumpai, pembayaran untuk pekerjaan tersebut akan dikembalikan semula kepada Pemilik Haiwan Peliharaan.

0 jawapan11 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa yang akan berlaku jika anda menerima pembayaran tempahan diluar PetBacker? Buka

Kami akan menyekat anda secara sementara apabila anda berkongsi maklumat peribadi dengan pemilik haiwan peliharaan tetapi tiada pembayaran bagi tempahan…

Kami akan menyekat anda secara sementara apabila anda berkongsi maklumat peribadi dengan pemilik haiwan peliharaan tetapi tiada pembayaran bagi tempahan dibuat. Kami mengharapkan caj pembayaran untuk mengiklankan dan menyokong platform. Kami akan menghantar invois serta sebut harga dan akan meneruskan dengan menghantar surat tuntutan jika anda tidak membuat pembayaran tepat pada waktunya.

0 jawapan12 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa itu Borang Daftar Masuk? Adakah ia penting? Buka

Borang Daftar Masuk ini dapat membantu Penyedia Servis untuk adakan perjanjian dengan Pemilik Haiwan Peliharaan sebelum mendaftar masuk haiwan peliharaan…

Borang Daftar Masuk ini dapat membantu Penyedia Servis untuk adakan perjanjian dengan Pemilik Haiwan Peliharaan sebelum mendaftar masuk haiwan peliharaan mereka. Jika berlaku sebarang permasalahan, borang ini dapat membantu dari segi:

1. Melindungi Backer jika berlaku kejadian tidak diingini seperti haiwan peliharaan mempunyai hama atau kutu semasa penjagaan.

2. Untuk dijadikan bukti keadaan haiwan peliharaan sebelum memulakan daftar masuk.

3. Untuk dijadikan dokumen sokongan tambahan jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

 

Apa yang anda perlu lakukan dengan borang ini?

1. Cetak borang ini dan dapatkan Pemilik Haiwan Peliharaan untuk mengisi sebelum pekerjaan bermula.

2. Semak dan catat keadaan haiwan peliharaan dengan teliti bagi melihat sebarang kecederaan atau kelainan.

3. Minta Pemilik Haiwan Peliharaan untuk menandatangani borang daftar masuk.

0 jawapan12 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Berapakah kos untuk anda menjadi Penyedia Servis di dalam PetBacker? Buka

Untuk anda menawarkan servis di PetBacker adalah percuma, dan anda boleh meletakkan kadar bayaran servis anda sendiri. Apabila anda mendapat…

Untuk anda menawarkan servis di PetBacker adalah percuma, dan anda boleh meletakkan kadar bayaran servis anda sendiri. Apabila anda mendapat tempahan, 15%-25% yuran servis akan dikenakan bagi setiap tempahan yang diperoleh.

Yuran servis akan menurun apabila anda melalukan banyak kerja melalui PetBacker. Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk "Program Insentif PetBacker" untuk manfaat yang akan diperoleh.

Jika Penyedia Servis didapati menerima pembayaran diluar aplikasi, profil anda akan digantung tanpa notis.

Sebagai contoh:

  1. Meminta pemilik haiwan peliharaan mengurangkan tempahan kepada 1 hari untuk membolehkan anda berkongsi maklumat peribadi.
  2. Memasarkan platform lain
  3. Meminta pemilik haiwan peliharaan menghubungi anda di aplikasi lain seperti Facebook, carian google, peta atau media sosial yang lain.
  4. Berkongsi nombor telefon atau berjumpa sebelum tempahan dibuat tetapi tiada tempahan dibuat selepas itu ( Penalti sebanyak 40% akan dikenakan untuk membuka sekatan dari akaun anda)
  5. Memberikan diskaun yang tidak munasabah atau diskaun sebagai pembayaran pendahuluan. (Contohnya anda mengurangkan bayaran kepada MYR1 bagi membolehkan pemilik haiwan peliharaan membuat berkongsi nombor telefon)
  6. Membatalkan atau dibatalkan pekerjaan dengan alasan yang tidak munasabah.
  7. Tempahan atau pelanjutan berikutnya tidak dibuat melalui platform.
  8. Memberikan maklumat tidak benar kepada pemilik haiwan peliharaan mengenai yuran servis yang dikenakan oleh PetBacker tanpa menerangkan tentan Insuran Premium dengan harapan untuk mendapatkan mereka berhubung diluar platform.
  9. Meminta pemilik haiwan peliharaan untuk membayar secara tunai.
  10. Meminta pemilik haiwan peliharaan untuk membayar yuran tambahan diluar platform.

Untuk mengembalikan fungsi penuh:

  • Bagi kesalahan pertama, 30%-20% yuran servis dikenakan, dan siapkan 5 tempahan baru.
  • Bagi kesalahan kedua, 30%-20% yuran servis dan siapkan 10 tempahan baru.
  • Bagi kesalahan ketiga dan keatas, anda tidak akan memperoleh pekerjaan secara umum dan hanya terhad kepada permintaan kerja secara terus dan 35% yuran servis akan dikenakan.
0 jawapan9 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Kenapa PetBacker mengenakan caj servis? Buka

PetBacker dicipta untuk memudahkan anda yang mempunyai haiwan peliharaan. Menjalankan perniagaan- pembantu pelanggan yang bertaraf dunia, pasukan kepercayaan dan keselamatan…

PetBacker dicipta untuk memudahkan anda yang mempunyai haiwan peliharaan. Menjalankan perniagaan- pembantu pelanggan yang bertaraf dunia, pasukan kepercayaan dan keselamatan yang hebat, aplikasi yang inovasi dan selamat untuk digunakan oleh ribuan pencinta haiwan setiap hari- memerlukan sumbangan berterusan. Caj servis yang kekal atau di bawah paras norma industri dapat membantu PetBacker untuk terus beroperasi dan melakukan penambahbaikan untuk memastikan mencapai kehendak komuniti.

Penyedia servis adalah tulang belakang perniagaan kami- tanpa semangat mereka, kegigihan, pengabdian untuk menawarkan servis terbaik, kami tidak akan berada di tahap ini. Kami disini ingin menawarkan sokongan terbaik, peluang pembelajaran, dan membantu antara satu sama lain untuk memajukan perniagaan- dan kami berhasrat untuk kekal lama di dalam perniagaan ini. Caj ini dapat membantu merialisasikan perkara tersebut, dengan menawarkan sokongan pelanggan, Pasukan Kepercayaan dan Keselamatan,dan menyelenggara aplikasi dan penambahbaikkan produk. Caj tersebut juga berperanan untuk melindungi Penyedia Servis termasuk kos proses pembayaran dan promosi berterusan.

0 jawapan3 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Kenapa perlu meminta Pemilik Haiwan Peliharaan untuk membuat pembayaran melalui PetBacker? Buka

Terdapat beberapa manfaat yang anda akan peroleh apabila menerima pembayaran melalui PetBacker untuk sebarang tempahan: Menerima notifikasi untuk tempahan tersebut.…

Terdapat beberapa manfaat yang anda akan peroleh apabila menerima pembayaran melalui PetBacker untuk sebarang tempahan:

  1. Menerima notifikasi untuk tempahan tersebut.
  2. Keselamatan pembayaran dijamin akan memperoleh pembayaran apabila tamat pekerjaan dengan memuaskan.
  3. Mendapat perlindungan Insuran Premium apabila mencapai jumlah tertentu.
  4. Mendapat status Backer Hebat.

Pembayaran diluar aplikasi adalah menyalahi polisi kami. Oleh itu, elakkan menerima pembayaran secara terus dan hanya menerima pembayaran melalui PetBacker untuk keselamatan anda dan haiwan peliharaan.

0 jawapan10 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Adakah terdapat caj untuk mengeluarkan bayaran? Buka

Caj transaksi PayPal akan dilindungi oleh PetBacker jika anda mengeluarkan lebih daripada USD 100 dari Dompet (Wallet) ke dalam Akaun…

Caj transaksi PayPal akan dilindungi oleh PetBacker jika anda mengeluarkan lebih daripada USD 100 dari Dompet (Wallet) ke dalam Akaun PayPal. PayPal akan mengenakan bayaran kepada anda sebanyak 2% jika anda mengeluarkan wang dari dompet kurang dari USD 100.

Jika anda dari negara di bawah ini, tiada caj transaksi dikenakan bagi sebarang jumlah pengeluaran. PetBacker akan terus berusaha untuk memastikan lebih banyak negara dapat akses pengeluaran percuma di masa akan datang.

  • Singapura (Dibayar menggunakan bank)
  • Hong Kong (Dibayar menggunakan PayPal)
  • Malaysia (Dibayar menggunakan Bank)
  • Amerika Syarikat (Dibayar menggunakan Zelle)
  • Australia (Dibayar menggunakan PayPal)
  • India (Dibayar menggunakan Bank)
  • China (Dibayar menggunakan WeChat)

* Manakala bagi Filipina. minimum pengeluaran tanpa caj ialah USD 50.

0 jawapan9 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Program Insentif Penyedia Servis Buka

Bagi menghargai jasa anda yang telah menyokong PetBacker, kami menawarkan program insentif untuk mengurangkan caj servis bagi permintaan kerja yang…

Bagi menghargai jasa anda yang telah menyokong PetBacker, kami menawarkan program insentif untuk mengurangkan caj servis bagi permintaan kerja yang anda dapat. Pengurangan caj transaksi dilaksanakan secara berperingkat mengikut jumlah kerja yang anda siapkan.Insentif ini ditawarkankhas untuk Penyedia Servis yang menawarkan servis melalui PetBacker sahaja.

Jumlah Tempahan Caj Servis
0 - 5 25%
6 - 150 20%
151 - 300 19%
301 - 1000 18%
1001 - 2000 17%
2001 - 3000 16%
3001 onwards 15%

*Caj akan menjadi 40% jika anda diketahui atau dilaporkan telah menawarkan servis luar dari PetBacker. Pekerjaan Peribadi akan kekal pada peratusan yang asal.Mulai 1 Januari 2021, caj servis Pelatihan Haiwan Peliharaan akan ditetapkan pada 35% kerana kos pengiklanan yang tinggi untuk pelatihan anjing dan akan dikecualikan daripada sebarang program insentif.

0 jawapan17 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Manfaat Eksklusif Aplikasi Buka

Penyedia Servis yang menyediakan servis secara eksklusif di PetBacker akan dikenakan sebanyak 25%- 15% caj servis untuk pekerjaan umum dan…

Penyedia Servis yang menyediakan servis secara eksklusif di PetBacker akan dikenakan sebanyak 25%- 15% caj servis untuk pekerjaan umum dan persendirian. Anda boleh merujuk Jadual Program Insentif Penyedia Servis.

Penyedia Servis yang diketahui atau dilaporkan menyediakan servis di aplikasi pesaing masih juga dikenakan caj servis sebanyak 25%-15% untuk pekerjaan persendirian berdasarkan Jadual Program Insentif Penyedia Servis. Manakala, bagi pekerjaan terbuka anda akan dikenakan caj sebanyak 30%. Ini bagi memastikan keadilan kepada Penyedia Servis yang setia yang menggunakan PetBacker secara eksklusif dan juga membolehkan kita memantau lebih banyak bilangan haiwan peliharaan yang dijaga pengguna perkhidmatan pada satu-satu masa untuk memberikan penjagaan haiwan peliharaan yang lebih selamat dan terjamin.

0 jawapan7 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa yang anda boleh lakukan jika Pemilik Haiwan Peliharaan tidak mengambil haiwan mereka dalam masa 24 jam selepas servis tamat? Buka

Pemilik Haiwan Peliharaan perlu mengambil haiwan peliharaan mereka semula setelah tempahan tamat. Jika Pemilik Haiwan Peliharaan tidak mengambil haiwan peliharaan…

Pemilik Haiwan Peliharaan perlu mengambil haiwan peliharaan mereka semula setelah tempahan tamat. Jika Pemilik Haiwan Peliharaan tidak mengambil haiwan peliharaan pada masa dan tempat yang ditetapkan, Penyedia Servis mempunyai hak untuk menghantar haiwan peliharaan anda ke pusat perlindungan haiwan seperti SPCA dan PetBacker tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang pertikaian selepas tempoh tertentu. Kami menasihatkan anda untuk memaklumkan kepada Penyedia Servis dalam masa 24 jam jika anda mempunyai kecemasan dan tidak boleh mengambil haiwan peliharaan anda pada masa yang telah ditetapkan. Anda perlu membuat pembayaran tambahan melalui PetBacker jika Pemilik Haiwan Peliharaan ingin meneruskan tempahan.

0 jawapan11 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Tidak berjaya mendapatkan Ulasan/Cadangan Buka

Jika anda tidak berjaya mendapatkan ulasan atas sebab dibawah. Rakan anda tidak mempunyai PetBacker dan mereka merasakan susah untuk mendaftar…

Jika anda tidak berjaya mendapatkan ulasan atas sebab dibawah.

  • Rakan anda tidak mempunyai PetBacker dan mereka merasakan susah untuk mendaftar masuk serta meninggalkan ulasan.
  • Anda tidak pernah menjaga haiwan peliharaan sebelum ini.

Bagi tujuan komuniti kepercayaan dan keselamatan, kami memberikan cara yang lain untuk anda mendapat kelulusan di PetBacker.

  1. Poskan penyenaraian profil anda di Facebook atau media sosial yang lain.
  2. Pastikan anda membuatkan pos tersebut sebagai umum dan @sebut PetBacker supaya kami dapat mengakses dan mengesahkan pos anda.
  3. Dapatkan 3 komen atau ulasan pada pos tersebut dari rakan anda.
  4. Buat tangkapan skrin dan kongsikan kepada khidmat pelanggan kami.

Anda boleh lihat dibawah untuk melihat contoh pos yang diterima.

 

Statistik menunjukkan senarai servis yang mempunyai ulasan mendapat lebih banyak peluang, sama seperti apabila kita mahu menempah hotel atau membeli produk. Anda boleh belajar cara mendapatkan ulasan disini..

0 jawapan9 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Kenapa anda tidak boleh membalas pada permintaan kerja? Buka

Jika akaun anda disekat daripada membalas pekerjaan, anda perlu bercakap dengan khidmat pelanggan kami supaya kami dapat menerangkan lebih lanjut.…

Jika akaun anda disekat daripada membalas pekerjaan, anda perlu bercakap dengan khidmat pelanggan kami supaya kami dapat menerangkan lebih lanjut. Berikut merupakan antara beberapa sebab akaun anda disekat:

  1. Anda telah meminta Pemilik Haiwan Peliharaan membuat pembayaran kepada anda diluar aplikasi untuk mengelakkan caj servis. Kami percaya kepentingan untuk membayar melalui kami kerana caj tersebut akan digunakan untuk mengembangkan lagi komuniti dengan membuat pemasaran dan membayar pasukan IT untuk menjaga aplikasi.
  2. Anda mungkin mempunyai jumlah pembatalan yang tinggi. Pembatalan yang banyak akan memberi kesan pandangan buruk kepada Pemilik Haiwan Peliharaan terhadap PetBacker.
  3. Akaun anda mungkin menerima banyak keluhan atau laporan daripada pengguna lain.
0 jawapan11 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Bagaimana cara mendapatkan kembali kelayakan Pekerjaan Umum yang Disiarkan? Buka

Untuk mengembalikan kelayakan tersebut, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya 3 pekerjaan peribadi melalui PetBacker.

Untuk mengembalikan kelayakan tersebut, anda perlu mendapat sekurang-kurangnya 3 pekerjaan peribadi melalui PetBacker.

0 jawapan11 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Kenapa sesetengah Backers hanya menerima permintaan kerja persendirian (Tiada Penyiaran)? Buka

Permintaan kerja persendirian yang dibuat secara terus oleh Pemilik Haiwan Peliharaan kepada profil anda. Anda hanya mendapat pekerjaan persendirian kerana…

Permintaan kerja persendirian yang dibuat secara terus oleh Pemilik Haiwan Peliharaan kepada profil anda. Anda hanya mendapat pekerjaan persendirian kerana kami mahu berlaku adil terhadap pengguna komuniti yang mahukan anda secara peribadi. Pekerjaan umum ialah fungsi istimewa yang mahukan persaingan yang sihat tanpa berkongsi maklumat peribadi perhubungan mereka dan mempunyai pembatalan yang sikit atau tiada pembatalan. Mereka juga sentiasa menyokong PetBacker. Anda mungkin akan menerima pekerjaan umum di masa puncak atau selepas semua Backers yang lain telah ditempah sepenuhnya.

Setiap permintaan kerja umum hanya membenarkan 5 ke 8 Penyedia Servis untuk membalas dan mendapat kelebihan tersebut walaupun Pemilik Haiwan Peliharaan tidak dapat melihat profil anda sebelum itu. Jadi anda mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat pekerjaan.

Untuk persaingan sihat, Permintaan kerja umum anda disekat mungkin disebabkan faktor yang berikut:

  • Senarai servis anda dilaporkan oleh komuniti, jadi ianya memerlukan pasukan Kepercayaan dan Keselamatan kami untuk menyiasatnya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan.
  • Anda atau Pemilik Haiwan Peliharaan berkongsi maklumat perhubungan peribadi seperti nombor telefon sebelum membuat pembayaran bagi tempahan.
  • Anda menerima ulasan 1 bintang daripada Pemilik Haiwan Peliharaan yang telah menempah anda sebelumnya. Oleh itu, pasukan Kepercayaan dan Keselamatan kamu akan menyiasat terlebih dahulu bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan haiwan peliharaan.
  • Pelanjutan tempahan tidak dibuat melalui PetBacker, sebagai contoh kami mendapat tahu anda dengan segaja meminta Pemilik Haiwan Peliharaan mengurangkan jumlah hari/sesi/malam kepada 1 dan membuat 1 tempahan bagi membolehkan anda berkongsi nombor telefon dan berhubung di luar aplikasi kami.
  • Terdapat banyak pembatalan yang menyebabkan Pemilik Haiwan Peliharaan mengalami pengalaman yang buruk bersama PetBacker.
  • Senarai Servis anda mempunyai maklumat peribadi, pautan atau gambar yang boleh membawa kepada perhubungan di luar aplikasi seperi meletakkan maklumat IG, FB dan lain.
  • Tidak menyokong PetBacker dengan meninggalkan ulasan buruk terhadap PetBacker di aplikasi pihak ketiga secara terus atau tidak terus dan menyebabkan bakal Pemilik Haiwan Peliharaan mengelak untuk menggunakan PetBacker dan akan menyebabkan Penyedia Servis kami menerima kurang pekerjaan.

 

Anda mungkin juga berminat dalam

Bagaimana cara mendapatkan kembali kelayakan Pekerjaan Umum yang Disiarkan?

0 jawapan9 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apakah nisbah permintaan kerja umum dengan persendirian? Buka

Berdasarkan data kamu, setiap 100 persiaran umum akan terdapat 1 pekerjaan persendirian. Sesetengan Penyedia Servis mempunyai lebih banyak pekerjaan persendirian…

Berdasarkan data kamu, setiap 100 persiaran umum akan terdapat 1 pekerjaan persendirian. Sesetengan Penyedia Servis mempunyai lebih banyak pekerjaan persendirian kerana mereka mempunyai banyak ulasan yang disahkan kerana mereka mengambil tempahan melalui PetBacker dan mempunyai banyak pengulangan tempahan.

0 jawapan10 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apakah perbezaan antara Pekerjaan umum dan Pekerjaan Persendirian? Buka

Pekerjaan Umum Pekerjaan ini diperoleh oleh PetBacker melalui pemasaran dan pengiklanan berbayar. Pekerjaan ini diberikan kepada semua Penyedia Servis yang…

Pekerjaan Umum

Pekerjaan ini diperoleh oleh PetBacker melalui pemasaran dan pengiklanan berbayar. Pekerjaan ini diberikan kepada semua Penyedia Servis yang berpadanan dengan keperluan Pemilik Haiwan Peliharaan. Hanya 5 ke 8 Penyedia Servis yang terawal sahaja dapat membalas permintaan itu bagi mengurangkan jumlah spam daripada Penyedia Servis. Anda hendaklah membalas permintaan kerja tersebut dengan sebaiknya untuk memperoleh peluang yang lebih untuk ditempah.

Pekerjaan Persendirian

Pekerjaan ini dihantar secara terus oleh Pemilik Haiwan Peliharaan kepada anda. Anda mempunyai peluang besar untuk memenangi pekerjaan ini tetapi jumlah Pekerjaan peribadi untuk senarai servis yang baru amat sedikit kerana anda tidak mempunyai jumlah pekerjaan berulangan dan tiada ulasan yang disahkan.

0 jawapan15 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa yang anda boleh lakukan jika haiwan peliharaan yang anda terima agresif? Buka

Kami sentiasa menasihati untuk membuat perjumpaan awal sebelum memulakan kerja untuk mengenal haiwan tersebut terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, jika Pemilik Haiwan…

Kami sentiasa menasihati untuk membuat perjumpaan awal sebelum memulakan kerja untuk mengenal haiwan tersebut terlebih dahulu. Walaubagaimanapun, jika Pemilik Haiwan Peliharaan tidak memaklumkan kepada anda terlebih dahulu mengenai potensi agresif haiwan tersebut dan haiwan tersebut telah menjadi sangat agresif selepas meninggalkan ia kepada Penyedia Servis, haiwan tersebut boleh ditinggalkan di pusat perlindungan atau sangkar penginapan hotel. Pemilik Haiwan Peliharaan akan dipertanggungjawabkan untuk caj penginapan atau pusat perlindungan.

0 jawapan13 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Bantuan Penyedia Servis Buka

Bantuan Penyedia Servis PetBacker diwujudkan bagi membantu Penyedia Servis dari seri kewangan jika tuntutan kerugian mereka tidak boleh dituntut melalui…

Bantuan Penyedia Servis PetBacker diwujudkan bagi membantu Penyedia Servis dari seri kewangan jika tuntutan kerugian mereka tidak boleh dituntut melalui insuran. Sebagai tanda menghargai jasa anda, bantuan ini melindungi Penyedia Servis yang mengalami kecederaan anggota badan akibat daripada perbuatan haiwan peliharaan yang dijaga (tidak termasuk keluarga, haiwan peribadi atau rakan).

Penyedia Servis boleh membuat tuntutan sebanyak 30% maximum $100 untuk bill rawatan berkenaan. Bantuan ini tidak termasuk kerosakan harta benda atau kerosakan barang fizikal lain.

Bantuan Penyedia Servis menjadi tidak sah jika anda menjaga haiwan peliharaan Pemilik yang lain dan bukan melalui PetBacker. Anda hanya boleh membuat tuntutan sebanyak 3 kali bari tempoh setahun dan sekali bagi setiap haiwan. Bantuan ini juga tidak sah untuk entiti komersial. PetBacker tidak akan bertanggungjawab keatas kehilangan atau kematian haiwan peliharaan dan menjadi tanggungjawab Penyedia Servis Sepenuhnya.

  1. Jika berlaku kejadian kehilangan Haiwan. Penyedia Servis akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kos. PetBacker mewarkan sebanyak $100 untuk kos pengiklanan di FB, Google dan lain-lain.
  2. Jika berlaku kematian haiwan, PetBacker akan menawarkan $100 sebagai tanda takziah kepada pemilik haiwan peliharaan bagi pihak Penyedia Servis.
  3. Sebarang kos bagi pusat perlindungan, saman atau lain-lain bagi kejadian tersebut tidak termasuk dalam program ini dan tidak boleh membuat tuntutan.
0 jawapan7 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Mengapa pembayaran saya ditangguhkan? Buka

Ada kalanya, kami menerima keluhan daripada institusi kewangan dengan mengatakan transaksi adalah tipu dan pekerjaan tidak dilakukan, ini mungkin disebabkan…

Ada kalanya, kami menerima keluhan daripada institusi kewangan dengan mengatakan transaksi adalah tipu dan pekerjaan tidak dilakukan, ini mungkin disebabkan transaksi kad kredit palsu atau tipu. Kami akan memberitahu anda apabila kami diberitahu oleh syarikat gerbang pembayaran bahawa pembayaran untuk pekerjaan anda dengan pemilik haiwan peliharaan yang terlibat akan ditangguhkan sementara.

Penyiasatan oleh institusi kewangan akan mengambil masa 180 hari untuk diselesaikan dan lepaskan pembayaran tersebut kepada anda kerana kami juga berjaya mendapat pembayaran tersebut daripada gerbang permbayaran dari institusi kewangan. Jika anda yakin transaksi tersebut betul, anda boleh memaklumkan kepada kami dan anda boleh terus berhubung dengan pemilik haiwan peliharaan sehingga isu ini dapat diselesaikan.

0 jawapan9 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0

Apa itu pelanggan berulangan? Buka

Pelanggan berulangan ialah Pemilik Haiwan Peliharaan yang menempah anda lebih dari sekali melalui PetBacker. Pemilik Haiwan Peliharaan yang melanjutkan tempahan…

Pelanggan berulangan ialah

  1. Pemilik Haiwan Peliharaan yang menempah anda lebih dari sekali melalui PetBacker.
  2. Pemilik Haiwan Peliharaan yang melanjutkan tempahan sedia ada melalui PetBacker.
0 jawapan7 lihatDisiarkan 8 bulan yang laluoleh faqeditor
Adakah ini membantu?
0